27 September 2013

#throwback 2 (Prep time)

hai korang!

bertemu lagi kita dalam segmen throwback episod 2
haha!
mood rajin update dah mai dahhh 
mari kita up entry bertingket-tingket
walaupunnn ceritanya dah lama 
kang datang angin femalasss aku
setahun tak ber'update'
haru  -__-

pada pendapat aku la, orang lain aku tak tahu
aku sedar diri ini bukanlah anak orang kaya
jadi
financial management adalah sangat penting
kena tahu berapa bajet kahwin 
supaya tak over bajet
so senang nak buat persiapan 

aku memang lemah nak ingat semua dalam otak
kang dah beli aku pergi beli lagi..belum campur yang aku lupa nak cari bla bla 
jadi 
aku perlukan virtual material untuk aku tahu progress  
berbekalkan pertolongan dan rujukan kawan-kawan jugak..tq korang!
ni yang aku buat
tadaaa!


ni contoh checklist

sila klik untuk tumbesan..er kalau boleh lah..


ni contoh kos
costing penting ye bakal-bakal pengantin


aku jenis tak suka survey banyak tempat/banyak kali/pergi sana sini 
best kalau semua one stop centre/all in one
contoh baju nikah/sanding
aku tempah baju lelaki & perempuan
price include veil tudung bunga tangan kasut butang baju melayu
dari atas sampai kaki
siap semua sekali!
settle!

tinggal cari sampin lelaki je
kalau nak minta designer cari kan pun boleh
tambah jelah lagi rm2500
tak koserrr la mak
wan rajin travel terengganu 
so better cari sampin kat sana 

jimat masa tak payah cari tempat lain-lain
tak sakit otak nak pilih-pilih lagi nak cari-cari nak tempah-tempah lagi
aku tak suka buat benda macam tu
ntah
aku kureng sikit bab-bab camni
ko tengok jelah masa aku tunang dulu
hantaran mana ada aku buat
aku beli barang-bawak balik kulai-mak aku dengan cik ngah yang tolong gubah
aku takde der nak buat 
aku tak kreatif 
aku tak reti 
aku cepat bosan
aku tak kisah
aku tak banyak bunyi
aku tak cerewet
aku taknak sakit kepala so aku pass kat orang lain
haha..bijak kan!
guwa ok je derrr..

banyak juga la aku jimat
jimat masa lah
kat area rumah aku
sebelah kanan rumah kitorang owner khemah
belakang rumah kitorang plak owner butik pengantin
jadiii
mak aji kata upah jelah diorang
sonanggg
walaupunnn abang man recommend aku butik pengantin lain
aku terpaksa redha dengan pilihan mak
tapi aku book untuk pelamin, make up n meja damai je
baju memang aku dah target/berangan nak buat sendiri

kenduri aku tak pakai catering
kitorang rewang
cer teka siapa pengrewang tersebut??!
saudara??hmmm tak
jiran-jiran kawasan perumahan aku tau
best sangat diorang ni
sporting gile!
padahal masing-masing career women okeh
ada cikgu, officer bank, doktor, manager pun ada
kau mampu?!
kagum aku dengan semangat kejiranan diorang
#salute
sebab tu kejiranan aku tiap tahun ada event
majlis marhaban, maulidurasul, khatan, agm pun ada
masak sama-sama
nak pasang khemah, ada tokey khemah
nak khatan, ada doktor
hehe..
best tau duduk kawasan perumahan aku

err macam dah kelaut je story aku ni

hah tu jelah prep aku 
tetapkan tarikh pun penting juga
sebab selagi tak ada tarikh 
ko tak boleh nak tempah such as banner, kad jemputan, kotak bahulu, fridge
lagi cepat tetap tarikh, lagi cepat mula kerja-kerja menempah

lepas tu aku sediakan satu fail..
aku print out checklist2 tu semua, aku letak dalam fail
n resit!
semua resit aku beli untuk kahwin, aku simpan dalam fail ni..
kalau bank in, slip kecik tu pun aku tampal kat a4 paper pastu simpan dalam fail
so that aku boleh keep track financial aku

err skema tak aku?

-____-




No comments: