salam semua
lama betul aku biarkan blog ni bersawang
last update bulan april tu
sampai aku pun lupa apa nama blog sendiri
terpaksalah guna google search -_-
setting blog pun macam dah lain..kan?
ke perasaan aku je?
almaklumlah dah lama tak buka kan
blur kejap.
apa laei nak dikabor eh....
lamo eh tak menolih (menulis)
jem otak den nak sotat (start) mulo mengayat
eceh!
speaking nismilan (negeri sembilan) sangattt
sejak dua menjak kahwin dengan orang nismilan ni, terikut la juga cara percakapan diorang..
siapa yang dah tahu tu, tahulah
yang belum tahu
meh sini iols nak kabor satu berita
iols dah pun selamat jadi isteri orang
to be exact
24 Mei 2013 (nikah)
25 Mei 2013 (sanding)
maka,
hari ni
today yaww
24 September 2013
genaplah ompek (4) bulan dah den jadi isteri kepada khairulazwan
no..nope!
belum ada isi lagi
badan makin berisi adalah T__T
in fact, aku tengah peot ni
jadi
no..nope..dan nehi!
belum ade rezeki lagi
bertabahlah ecah!
ada tips?
heh! :p
kehidupan aku selepas berkahwin:
1. not as i expected, but i'm redha
2. hari-hari masak
3. malam nak masuk tidur dah fikir esok nak masak apa..what?!!
4. seminggu sekali pergi pasar beli stok nak masak
5. kalau wan buat aku marah, aku direct panggil dia snowhite
6. anak-anak buah aku kemain suka naik kete cik wan dia sebab laju n boleh rase tayar spin..oh my niece! -___-
7. aku ingat lepas kahwin, kuranglah minat wan kat bab-bab kereta..non ado!makin menjadi pulak dia..siap nak beli kereta sebijik lagi khas nak main drift
8. kalau balik somban, tak sampai 10 minit punggung wan dah panas..pastu hilang keluar jumpa member-member dia..pukul 2 3 pagi baru balik rumah..aku??pandai-pandai kau la nak hidup..oh my...my greattt husband! -____-
9. pergi kerja, balik kerja ada orang hantar & jemput..best juga eh perasaan ni..
10. kadang je kena balik naik limosin lapanbolas tingkap sebab wan pergi kerja pakai myvi aku..halah!kete dia tu mentekedarah minyak!end up kete iols jugak yang jadi mangsa..bertabahlah miss black!
11. pada hari ke-112 berkahwin, 1st time aku nangis
12. keluarga dah besar..jadi pembahagian masa yang terhad dengan mereka yang tersayang adalah sangat penting
13. makin debab..macam takdak harapan nak kembali kurus je
14. not as i expected, but i'm redha
15. simpan sendiri dahlah..
itu saje buat masa ni.
so bye..goodbye bye bye bye (lagu diana king..siapa tahu, korang memang gojes!) #salute
1 comment:
hehe ..i miss ms black! ;p
Takpa.. aishah baik..nanti mesti semua ok, sementara nak sesuaikan diri dengan dunia berkongsi hidup nih.. baru 4 bulan kan.. takpa, nanti dah biasa, takda hal dah! ;)
Post a Comment