Showing posts with label bride to be. Show all posts
Showing posts with label bride to be. Show all posts

17 October 2013

#throwback 3 (majlis khatam Al-Quran)

ok
sambung balik episod throwback kita
sepatutnya aku nak letak aktivi rewang-rewang
best oo
happening sangat!
sekarang susah nak tengok aktiviti rewang
semua amik catering kan
tapi tulah
semua gambar tu ada dalam hp aku
hp tu pulak wan tengah guna sebab hp dia rosak
before this aku dah transfer kat dropbox
ade one time tu ofis aku buat operasi tukar pc br 
aku dah back up semua file termasuklah dropbox 
tapi bila buka file dropbox tu takdak apa
hoih!boleh mendatangkan marah
dah la banyak gambar
nak transfer bukannya kejap
T_T
ke ada cara nak retrieve balik
siapa tahu?

majlis khatam Al-Quran ni aku buat sehari sebelum nikah which is on 23 Mei 2013
majlis 3 hari 3 malam weh
23 - khatam
24 - nikah
25 - sanding
-_____-

ikut kepala mak aji kan
kalau ikut aku khatam-khatam ni tak payah
tapi mak aji insist suruh buat jugak 
layannnn
tapi tau jelah
nak khatam nak baca berlagu 
mak aji suruh tiap-tiap minggu balik belajar ngaji dengan ustazah kat taman kitorang
tapi sakit oo poket nak ulang alik 
nak simpan untuk majlis lagi
end up belajar ngaji kat putrajaya
tapi aku tak pergi pun
heh!
tak dan
weekday balik kerja dah pukul berapa
weekend je tak lekat kat rumah
ah! 
tapi kalau nak belajar ada je masa
tapi kau tak nak kan
hoho
entah 
aku tak pergi
baca buat homework sendiri
aku download app al-quran yang ada reciter 
suara ustaz mesir okeh ajar aku ngaji berlagu
laju dan terang
aku suka!
janji ada la sikit-sikit lagu tu

masa majlis qhatam tu
bukan aku sorang
ada lagi 3 orang sepupu aku yang kecik-kecik
join aku khatam
so ber ompek la kami atas stage
bagus jugak 
baca surah sorang sikit
dan cepat habis
heh!
tapiiii 
aku la baca paling laju
lagu sikit-sikit kat ujung ngan ikut harakat je
ustazah yang lead kitorg tengok je aku baca
mesti dia cakap dalam hati "laju nya budak ni ngaji"
haha 
takpe janji bacaan betul dan jelas!

tuan tanah kedaung bersama sepupu sedang
kat belakang aku tu ada lampu chandelier..panas hoih..aku berdoa cepatlah habis


tempat yang kitorang duduk tu sebenarnya bawah tangga okeh
dan tempat tu juga pelamin aku guna masa nikah
kau mampu??
yang kain backdrop draping putih hujung tu untuk pelamin sanding
gunakan ruang sepenuhnya
pening pak andam aku nak ikut kehendak aku

tudung putih pakai spek tu ustazah yang lead kitorang masa khatam

the crowd
jiran taman je dah penuh rumah


dah tu je
entry ni lama dah aku buat
tapi duk la kat draf 
almost 2 weeks gak aku peram
bila dah lama sangat, lupa apa yang nak aku story dah
-____-

k tu jelah.


27 September 2013

#throwback 2 (Prep time)

hai korang!

bertemu lagi kita dalam segmen throwback episod 2
haha!
mood rajin update dah mai dahhh 
mari kita up entry bertingket-tingket
walaupunnn ceritanya dah lama 
kang datang angin femalasss aku
setahun tak ber'update'
haru  -__-

pada pendapat aku la, orang lain aku tak tahu
aku sedar diri ini bukanlah anak orang kaya
jadi
financial management adalah sangat penting
kena tahu berapa bajet kahwin 
supaya tak over bajet
so senang nak buat persiapan 

aku memang lemah nak ingat semua dalam otak
kang dah beli aku pergi beli lagi..belum campur yang aku lupa nak cari bla bla 
jadi 
aku perlukan virtual material untuk aku tahu progress  
berbekalkan pertolongan dan rujukan kawan-kawan jugak..tq korang!
ni yang aku buat
tadaaa!


ni contoh checklist

sila klik untuk tumbesan..er kalau boleh lah..


ni contoh kos
costing penting ye bakal-bakal pengantin


aku jenis tak suka survey banyak tempat/banyak kali/pergi sana sini 
best kalau semua one stop centre/all in one
contoh baju nikah/sanding
aku tempah baju lelaki & perempuan
price include veil tudung bunga tangan kasut butang baju melayu
dari atas sampai kaki
siap semua sekali!
settle!

tinggal cari sampin lelaki je
kalau nak minta designer cari kan pun boleh
tambah jelah lagi rm2500
tak koserrr la mak
wan rajin travel terengganu 
so better cari sampin kat sana 

jimat masa tak payah cari tempat lain-lain
tak sakit otak nak pilih-pilih lagi nak cari-cari nak tempah-tempah lagi
aku tak suka buat benda macam tu
ntah
aku kureng sikit bab-bab camni
ko tengok jelah masa aku tunang dulu
hantaran mana ada aku buat
aku beli barang-bawak balik kulai-mak aku dengan cik ngah yang tolong gubah
aku takde der nak buat 
aku tak kreatif 
aku tak reti 
aku cepat bosan
aku tak kisah
aku tak banyak bunyi
aku tak cerewet
aku taknak sakit kepala so aku pass kat orang lain
haha..bijak kan!
guwa ok je derrr..

banyak juga la aku jimat
jimat masa lah
kat area rumah aku
sebelah kanan rumah kitorang owner khemah
belakang rumah kitorang plak owner butik pengantin
jadiii
mak aji kata upah jelah diorang
sonanggg
walaupunnn abang man recommend aku butik pengantin lain
aku terpaksa redha dengan pilihan mak
tapi aku book untuk pelamin, make up n meja damai je
baju memang aku dah target/berangan nak buat sendiri

kenduri aku tak pakai catering
kitorang rewang
cer teka siapa pengrewang tersebut??!
saudara??hmmm tak
jiran-jiran kawasan perumahan aku tau
best sangat diorang ni
sporting gile!
padahal masing-masing career women okeh
ada cikgu, officer bank, doktor, manager pun ada
kau mampu?!
kagum aku dengan semangat kejiranan diorang
#salute
sebab tu kejiranan aku tiap tahun ada event
majlis marhaban, maulidurasul, khatan, agm pun ada
masak sama-sama
nak pasang khemah, ada tokey khemah
nak khatan, ada doktor
hehe..
best tau duduk kawasan perumahan aku

err macam dah kelaut je story aku ni

hah tu jelah prep aku 
tetapkan tarikh pun penting juga
sebab selagi tak ada tarikh 
ko tak boleh nak tempah such as banner, kad jemputan, kotak bahulu, fridge
lagi cepat tetap tarikh, lagi cepat mula kerja-kerja menempah

lepas tu aku sediakan satu fail..
aku print out checklist2 tu semua, aku letak dalam fail
n resit!
semua resit aku beli untuk kahwin, aku simpan dalam fail ni..
kalau bank in, slip kecik tu pun aku tampal kat a4 paper pastu simpan dalam fail
so that aku boleh keep track financial aku

err skema tak aku?

-____-




26 September 2013

#throwback 1 (The Prep)

The Wedding Preparation / Persiapan Perkahwinan


Salam semua,

aku tak tahu la berapa banyak entry throwback ni
jadi korang-korang semua
bertabahlah nak membaca nanti k

aku pelik sangat
kenapa aku tak se'excited' bride to be yang lain
yang boleh up entry story pasal persiapan kahwin derang
serius dulu aku ingat aku pun macam tu tau
masa belum tunang lagi
aku teringin sangat nak buat entry kahwin
semangat
sekali dalam seumur hidup tuh

non ado! -___-
gambar jelah banyak aku snap
tapi nak up entry
aku jadi ....entah.....
"hmm takyah la" ujarku dalam hati (pergh ayat kau?!)
sampai sekarang aku pelik dengan diri sendiri
sindrom apakah ini??!

dan aku tahu
dah lambat dan terlambat nak share story mory pasal aku kahwin kan
dah selamat kahwin ompek bulan pongg
dah basi
tapi aku nak buat juga entry kahwin ni
kelak untuk kenang-kenangan aku jugak in future
flashback memory gitu
tak lupa untuk rujukan kepada bride to be / bakal pengantin! =)

lets start with this

aku tunang = September 2012
aku kahwin = Mei 2013
tempoh preparation (prep) = 8 bulan sahaja

kalau ko tanya 8 bulan cukup ke nak buat all prep
aku jawab
cukup sangat!
in fact,
aku buat semua dari segala proses buat/survey/pilih/plan/design/tempah/cari/beli/dll
from a to z
from zero to finish
sebab
1. akak aku
aku nak kahwin kat johor tapi aku duduk putrajaya..jadi wedding provider / services yang aku tahu area johor sangat limited..nak proxy kan akak aku buat itu ini bukanlah keputusan yang tepat sebab akak aku is the busiest career women..balik kerja lewat..sampai rumah dah pukul 8 9 kadang tu 10 malam..by the time nak survey, kedai dah tutup kak oi..
2. adik aku
walaupun adik aku tinggal dengan aku tapi working hours dia berbeza dengan aku..time kerja dia ikot UK time..aku balik keje dia baru nak masuk kerja..jadi proses survey mensurvey bertanya pendapat hanya boleh di buat on weekend sahaja..nak tak nak aku juga kena buat sendiri
3. mak aji
cannotlah..aku taknak bebankan dia dengan banyak perkara..mak aji aku pun bukan sihat sangat..banyak sangat fikir kang stress..plus kat rumah tu ada 3 handbag..i mean 3 orang anak buah..hehe..agak susah nak bergerak..
4. pak aji
err..pengerusi majlis..dia buat keputusan.."yes or no no oh this one cannot!" -__- bila dah ok..the rest aku yang buat
5. saudara-mara
aku malas nak susahkan saudara..nak jaga hati lagi..baik buat sendiri

tapi..tapi..tapi..betul aku buat semua all alone but in the end aku tetap akan discuss dengan family aku tanya pendapat diorang (n pendapat kawan-kawan jugak) dengan pilihan yang aku buat tu..bila semua ok baru aku proceed next step..

ok next throwback pulak!
aku nak balik ni
daaa!


12 September 2012

Yours Truly Engagement Story - Final


ok..ni yang final..aku letak sekaligus dalam entry ni..kang sampai part 7 8 muntah bosan pulak orang bace..macam la aku sorang je yang bertunang..wakaka! :p

daripada belakang nampak macam pakai tudung labuh kan..

sebelum rombongan sampai, aku dah pesan kat mak, dah time nak sarung cincin baru panggil turun duk kat pelamin..taknak la aku, orang duk bincang-bincang aku tercegat sengsorang kat situ..segan!ha..skali tengah duk gosip-gosip dengan adik, anak buah aku bagitau pak long suruh turun nak sarung cincin..gelabah mak noks!seb baik ade adik aku..dia yang pegang aku turun tangge..sekali aku turun belum abis bincang lagi daaaaa...cess..awat la suh aku turun awal... T____T saje je korang kan..dah la duk kat pelamin sorang..malu-malu..mase duk kat pelamin ni menggigil okeh kaki aku..puas aku cover..harap tengok balik video idak le nampak kegigilan kaki aku tu..hahahampeh betul! T_T

muke pasrah

sesi sarung cincin
moi with MIL to be..comel kan!

sejuk tangan aku!seb baik tak gigil..haha..ramai gile time ni orang nak amik gambar..rase nak buat-buat pitam je.. :p

sembang sikit dengan mak dia pastu bergambar pulak dengan family blah dia..aku tak tau la muke aku senonoh ke tak..blasah jelah..yang ni kak ngah dia dengan anak dia nurin..behave je nurin nih.. :)

pics with angah, pak itam & mak teh

banyak sangat camera sampai aku tak tau nak tengok yang mane.. -____- yang baju pink tu pak sedara tunang aku..pak itam..pakcik dialah yang kene panggilan hangit hot fm pasal seluar track bottom oren tu..memang ceria orang nye..pulak tu pak itam jadi wakil jurucakap on behalf family tunang aku..memang asyik ketawe je..hehe..best!makcik aku pun peminat dia..lagi la riuh..alhamdulilah..

muke bajet suci
fufufu..

next jemput derang makan..aku pulak totap stay still kat pelamin duk la amik gambar dengan semua..hehe..seb baik la ade family aku yang duk layan derang makan..pastu baru aku menyusul..time nilah nak malu-malu jamban..hahaha!

pic with sedare mare aku

with mak & akak & adik & hantaransss..

bergambar dengan parents n adik beradik ayah..

time ni rombongan dah balik..tapi masih nak amik gambo..huhu..mase majlis ni..anak buah aku murniamirah n murnialiah dah lesap bersame dengan sepupu dia yang lain..memang takde gambar dengan derang.. T__T tengok si kecik tu..hoverrrr tau...tapi tetap comel! :p

aku jumpe pic ni je aku dengan akak n adik..

tapi time ni orang dah stat kemas-kemas meja..adik aku pun dah tukar uniform sebab dia kene basuh piyuk kennn..he..lantak la dik..janji ade pic kitorang kat pelamin..abis je nih..aku terus tukar baju n kemas-kemas prepare tuk malam nye pulak ade marhaban perempuan n lelaki..lepaksss!

my gift to him

sebelas dulang

overall aku suke sangat dengan hantaran aku!boleh tak??he..dan satu-satunye hantaran yang aku buat adelah hantaran cupcakes..double kan riben buat line, tampal, buat riben jadik kan kembang gitu, tampal bunge atas dia, lekat 1 line manik (ke?) keliling kotak, done!okeh la kan..ade jugak sentuhan sendiri..jadik la..yang pelamin tu..first seat dia tinggi tau..aku duduk kaki aku tergantung..pemijak dia takde..so aku mintak tukar seat rendah sikit..hehe..seb baik wed planer tak marah.. :p dan jangan tak tau..ayah aku pon tolong buatkan hantaran tuk aku tau..terharu okeh!ayah aku buat tuk hantaran buah-buahan..ehehe..cayalah dedi!hahaha..dearest my tunang sile terharu..ur FIL to be bersemangat tau buat hantaran untuk awak..

motip bergambar dengan hantarans??siyes time ni rase cam takleh blah..hahaha..

pic malam..time marhaban..ntah ape ntah ica meraban dengan mama dia..ha..

special appearance..the murnisss..hehehe..

last but not least..
tak menyempat nak tunggu balik rumah..dalam kete tu jugak dia terus pakai jam hantaran..
-______-'

dengan bangge buat video call dengan aku kan..haruslah aku buat loudspeaker..kan dah kene gelak dengan family aku..hahaha..tulah buat perangai loklak lagik..hahaha..tu okeh lagik..ni..nak balik somban pun dia gi merembat dengan pak sedare dia jugak atas highway..dah sampai rumah call aku..

snowhite: hantaran tadi letak tak wallet saye?
raksase: ade lah sume bagi tadi..nape?
snowhite: oo..wallet takde dalam dulang hantaran..
raksase: hah?camne pulak boleh takde?
snowhite: hantaran letak kat blakang..balik tadi saye merembat dengan pakcik..ehehe..sampai tadi tengok barang dah terjatuh bersepah..cari wallet tak jumpe..ehehehe..
raksase: ape???????race??terjatuh???tak jumpe??meh sini saye nak makan awak!tibe-tibe tajam pulak gigi nih..ingat senang ke nak buat..penat tau buat hantaran tu sume..bla bla bla bla...

-______-



Yours Truly Engagement Story - Part III


gile kuase tak aku sampai dah part III story pasal tunang..haha..sorilah kalau korang bosan..tapi ni salah satu hari penting/istimewa yang aku nak abadikan dalam blog nih..nanti esok luse dah kertu boleh jugak buat bace-bace balik mengimbau kenangan feeling-feeling nak tunang balik ke ape..wahahaha!

for this event aku tak amik official photographer..sebab!satu: tu ari aku ade usha jugak nak photographer..sekali dia bukak harge rm1k untuk majlis tunang..tunang je oi..aku rase macam eee sayang nye duit..tak jadi amik..haha #kedekuttibe-tibe! :p sebab kedua!:aku takde source photographer area jb.. third: aku memang takde mase nak cari photographer kat jb..time tu pulak akak aku tak brape nak sihat memang aku tak boleh nak harapkan dia ushakan untuk aku..aku suggest nak beli dslr bajet pulak tinggal 2k lebih je..aku cakap kat akak nak 'i owe u' seribu dengan dia..kene reject!hampeh!sume bantah kate takyah beli membazir la mahal la ape lah.. #nangisssss jadinye gunelah ape yang ade..digital camera video cam n camera hp..jadik lerrr..tu pasal la korang tengok pic tak semenggah..almaklumlah yang amik pun tangan ala-ala tak bedung je kan..teheee..

by the time dah siap mekap dah chantek, lagilah aku bertambah frust menyesal takde photographer..memule tu takde la ralat sangat..sebab membayangkan pelamin yang aku request pun biase dan simple je..baju pun beli siap bukan tempah..rase cam over nye kau memon...tunang je pong..sekali dah siap pelamin, hantaran, deco, mekap, baju yang masyAllah aku suke sangat dan aku takde rase nak complain..tup tup photographer takde..frust.

make up time!

peramah tau kakak ni..jap je kitorang akde chemistry..ecewah!ha..borak punye borak sampai aku lupe nak tanye name dia..haha..teruk kan aku.. -_______-' aku sukelah kakak ni make up..sebab dia cam dah biase sangat make up orang..confident je aku tengok dia make up kan aku..sejam lebih je dia make up n nak siap kan aku..yang penting dia suke sangat baju aku n kaler baju tu dia kate sweet sangat..sebab tulah aku beli baju nih..wahaha!time aku make up ni preparation yang kat bawah dah settle..tinggal tunggu rombongan belah sane sampai je..phew!so nak make up pun ati manyak senang.. :p

separuh siap..dengan span baju tak betul kan lagi pastu kepoh nak bebel ape ntah tros nak pakai anak tudung..aihh tak menyabor sunggoh nak kan cincin kan..wakaka!

tudung awning tu aku beli skali dengan baju..sebab malaskan nak usha tempat lain..ntah ade ke tidak nanti..nilah tudung awning yang paling mahaiii yang penah aku beli.. -___- satu-satunye tudung awning aku beli..tudung-tudung awning sebelum ni sume aku rembat akak aku punye..ehehe..yang half moon shawl tu aku bli kat jualan puspanita kat opit aku je..selambe sadin tak..nak masuk butik cam tak mampu je..haha..tapi bile dah pakai nampak cantik jugak kennn..

siap!

by the time aku siap, ngam-ngam je rombongan sampai..phew!cayalah kak!bergambar kite dulu dengan adik beradik..kang dah kalut kat bawah tak dan nak bergambar pulak..n pic with moi oldest nice..penunggu setia mase aku tengah make up..diam tengange tengok mak ngah dia muke dah lain..hahaha!aku tanye cantik tak mak ngah..dia senyummmmmm je.. -_____-' comel la murniamira ni!comel lagi mak ngah dia..wakakaka! #lempangkang

with cik lis - a.k.a makcik - a.k.a. tokey air :p

yang kecik-kecik tu sume sepupu aku..almaklumlah mak aji kan anak sulung..kitorang lah yang paling besar..except si kecik maisara yang pakai baju biru belang-belang..yang tu anak sedare aku blah ayah..

curik-curik amik gambar

skodeng from moi sister's room..haha..memule tu takde rase ape..bile dah sampai..kire 1 2 3...7 bijik kete..ok boleh rase cam nak pitam..time tu rase nak suh eeerrrr cepatlah balik cepatlah balik..hahaha! :p n that guy kan sangat berkebolehan bab-bab nak transform aku jadik raksase sumtimes tau..dah tau pegi ni bawak rombongan tunang ade barang hantaran..dengan slamber sadin je dia merembat atas highway..sampai-sampai tengok bunge kat sireh junjung dah tercabut tergolek ko tau tak!mengucapppp aku..seb baik tak patah..tu belum aku cite time derang nak balik somban balik..haa yang tu rase nak hempuk dahi kat dinding banyak kali..dahi dia la..nanti-nanti la aku cite k..nak gi makan sat..

daaa...



11 September 2012

Yours Truly Engagement Story - Part II


Part II - kemas rumah dan merewang..

majlis 1sept tapi 29hb ogos aku dah start cuti..gile semangat tak aku nak tunang..wakaka..not!aku kene balik coz wedding planner, kak zana bagitau nak datang rumah nak pasang pelamin..cepatkan..tapi nak buat camne..1hb tu ade 5 pelamin derang kene buat..3 kat rumah, 2 kat dewan..masyukkk..tapi confirm krew-krew kak zana tak tdo sebab nak kene siapkan pelamin decorate dewan bagai..huhu..fyi, kak zana ni neighbour aku..rumah dia belakang dengan rumah aku je..tiap-tiap tahun beraye dengan dia (almaklumlah takdak kampung) like tukar-tukar juadah..dengan dia takyah tunggu raye nak tukar-tukar juadah..kalau ade masak special mesti dia bagi jiran n mak aji pun buat camtu jugak..masakan dia marbelessss!best ooo neighbours taman perumahan aku nih..aku suke!

tadaaa..
yours truly 'mini' pelamin

mase dah siap pasang..nak terkeluar bijik mate tengok pelamin aku..konpius jap aku ni nak tunang ke nak kahwin..ha..untuk majlis tunang pelamin ni kire besar..normal untuk tunang mini pelamin only 6feet..tapi kak zana bagi aku 12feet!n kak zana said no need to pay more..hehe..alhamdulilah..ain doakan dimurahkan rezeki kak zana sekeluarga..amin..pastu kan dalam entry sebelum ni kan aku ade story yang aku amik pakej tunang yang include pelamin, baju tunang n makeup kan..dah aku nak pakai baju sendiri so pakej baju tunang tu dah takdelah kan..tapi kak zana bagi skali set accessories..bukan tu je..walaupun mak aji memang dah ade koleksi dulang hantaran..kak zana bagi jugak dulang hantaran dengan set alas dulang yang super chantekkk..n of course it cost me nothing!syukur alhamudulilah murah rezeki aku nak bertunang nih..pak aji kate kalau kite ikhlas buat baik dan tak berkire dengan orang insyAllah....tak susah aihh nak buat baik..

dalam pic ni ayah aku ngah tolong buatkan hantaran..weh jangan tak caye ade satu hantaran tu ayah aku buat tau..nanti aku tunjuk ekh..ehehe..

aktivi rewang

bunge rampai tu aku yang request..last minit..thanks to mak aji sebab penuhkan permintaan aku..dah la last minit bagitau kan..phew!aku suke sangat bau bunge rampai..kalau dapat memang aku simpan/letak kat bilik/kete..wangi je..sukelah!he..aku plan nak bagi bunge rampai as a hantaran..tapi tak dopek la..sebab ngam dah sebelas dulang..patut 7 dulang balas 9 dulang..tapi kitorg dah terlebih 2 dulang..tak kisah la janji belah perempuan mesti lebih..huhu..buat jugak bunge rampai tapi bagi as souvenir untuk tetamu..kahwin nanti pun aku nak buat bunge rampai ni..insyAllah..

yang tengah buat hantaran aku tulah cik ngah jiran kitorg..seb baik ade bliau..phew!thanks cik ngah..nak harap aku..errrr..aku just bagitau je tema hantaran yang aku nak..which is mest ade kaler purple, peach, putih & hijau (hijau for daun kan)..sebelum aku balik raye aku dah bagi duit siap-siap kat mak aku mintak dia beli bunge-bunge riben-riben kain-kain bakul ape-ape jelah yang patut..aku tak kisah..sume tu takde masalah pade aku..senang je aku ni..tak suke complicated..kalau ikut kepale otak aku yang lurus nih..dulang hantaran->letak gabus->cover alas dulang->letak kotak jam->bunge dulang->settle! :p less is fine with me..haha..

anak-anak buah aku la paling seronok nak tolong!haha..paling tak boleh blah khamis tu sanggup tak gi skolah..sebab nak tolong aku pack goodies..aku dah cakap dah aku tunggu derang balik skola baru buat goodies..eeee tak jalan..murnialiah cakap 'aliah tak boleh nak blaja..aliah nak tolong mak ngah' sampai tak fokus nak blaja okeh..aduhaiiii..tapi bile pakcik van dah sampai depan rumah nak amik pandai pulak lari menyorok takut.. -______-' beg goodies tu aku buat 50 je for tetamu belah lelaki..mak aji request bagi asam-asam like asam jawe yang salut gule tu, pastu ade buah kana, pastu letak jeli, n ade 2 jenis asam lagi tapi aku tak tau ape name dia..tapi sedap lah..anak buah aku yang paling kecik pun tolong..tolong makan jeli.. -________-

bunge rampai dah siap!

sehari sebelum majlis pak long + makcik-makcik belah mak (adik-adik mak aku) dah datang rumah..rewang sikit-sikit la..masak rendang, potong-potong bahan nak masak, bersihkan ayam, blend tu ini..so esok nye senang nak masak..untuk rewang makan tengahari, ayah aku request masak kari kepale ikan!order kepale ikan dengan pakcik aku..macam-macam kepale ikan ade..fresh lagi..pastu makcik aku pulak yang masak..perghhh marbeless spechless!n thanks kat sepupu-sepupu kecik aku sebab tolong buat bunge rampai..rajin korang!

menu majlis aku tu, mak decide masak nasi serai..lauk ade dalca, acar timun, ayam sambal, rendang daging n macam-macam lah..tak silap aku ade 9 tray lauk..memandangkan pakcik aku tokei air, memang order kat dia jelah buat air minuman mase majlis nanti..tu ari discuss aku mintak dia buat aku ice lemon tea dengan air sirap bandung laici blend bersoda..sekali mase majlis tu dia bagi complimentary satu lagi air..air durian belande!pergh!dah la air dia buat sume sedap-sedap original buah dia blend kan..puas ati!maceh cik mansur n cik lis..

keh nak balik..until next update peeps! :p




10 September 2012

Yours Truly Engagement Story


wahhh tajuk nak omputeh.. :p

Bismillahirahmanirahim..

dah tunang ni tak boleh loklak terejal nakal sangat..kene jage adab kesopanan dan tatasusila..kang tak pasal-pasal kene sound dengan tunang..okeh tibe-tibe rase geli..korang geli...aku lagi geli plus gilerrr..haha..ok ok sile behave ecah.. :p

ari ni dah masuk 10 ari aku jadi tunang orang..ape rase?biase je..rase lega majlis dah selesai adelah..haha!date of the wedding??tak tau lagi..takmo pikir lagi boleh tak..kasi kitorang bernafas dulu cari duit lagi pas sume dah ready baru pikir cari date..fufu..

tak tau camne nak story..memang rase tak caye je dah tunang..wahaha..gilerr!takde la plan nak tunang ke kawen ke bagai ape..tup tup mase bulan puase parents dia datang merisik terus confirm date 1hb september ni tunang..bulan puase okeh gi merisik..ko mampu..tapi time tu memang kebetulan family aku sume ade sambut puase kat sini..tu yang derang datang..

as per both parents agreed, wang hantaran seberdiri..means ade hantaran la kan..tunang ni bagi hantaran seberdiri terus..jadi mase nikah takyah bawak-bawak hantaran..leceh..nak kene ade wakil sambut the hantaran tukar-tukar hantaran n have to assign someone to watch out the hantaran n what so ever..aku??lagi aku suke!haha..takyah susahkan diri nak buat hantaran dua kali..haha..sebab aku adelah seorang yang kayu bab-bab nak buat hantaran..haha..jadi aku tak kisah mase kawen takde hantaran bagai..yang azab nye time tunang jelah nak kene buat hantaran tu sume..tapi azab tu pun aku dah siap-siap sub-con kat mak aji dengan our neighbour, cik ngah, mintak tolong buatkan..hahaha..oleh kerana aku kayu bab-bab art ni make aku memang redha dan tak banyak songeh derang nak pedajal ape kat barang-barang tersebut..pade aku sume tu chantek..

beli barang hantaran!kau ingat seronok??meh aku cite sikit seronok ke tak seronok..kitorang ade mase kurang daripada 6 minggu nak prepare..1st week beli barang aku n dapat beli barang dia half..i tell u, tak cool okeh beli barang hantaran time puase..rase nak lempang orang..rase nak bukak puase pun ade..haha..kang aku suke yang ni dia tak suke kang dia suke aku tak berkenan kang masing-masing berkenan takdak size..hahaha..sekarang bolehlah gelak..bile ingat-ingat mase kejadian, rase nak pi bako je kedai tersebut..aku cam tak caye je beli barang aku satu hari je dah settle!tapi tulah kenyataan ye tuan puan..sebab mamat bertuah tu insist aritu jugak barang aku kena settle..alasannye nanti dia takde mase nak cuti lagi, then angah nak buat hantaran tu cepat pastu nak prepare for raye pastu nak balik raye rumah mentua lagi..satu shopping mall je weh dia bawak aku gi beli..alasan puase, jalan jem, penat letih la..grrrr..time ni rase gigi tajam tibe-tibe..penat je buat usha kat website tu sume..akhirnye guwa pasrah..baiklah..saye yang menurut perintah cip! T__T

2nd week aku balik jb spend mase berbuke puase dengan family, hantar barang2 n booking mini dias, makeup n baju..mase mak andam tu suruh pilih baju tunang, sumpah baju chantek-chantek belake..tapi kalau untuk tunang, mak rase hoverrr sangat noks..meriah merelips gitu..mane reti oi..aku nak yang simple-simple sudahlah..so takpe aku amik jugak pakej tu..kalau aku jumpe baju yang aku berkenan aku cancel la amik baju mak andam kan..huhu..memandangkan mase tu adelah bulan romodhon almubarak, dan majlis aku pulak kene dalam pertengahan raye..still tailor banyak tempahan lagi..yelah customer tempah baju open house pulak..jadik haruslah tailor tak amik tempahan lagi..wuu..kite beli ajelah..abis cite..otak aku memang dah set siap-siap cari kaler purple..ade satu!kat butik saidatulnisa kat shah alam..7ratus lebih kauu..tapi takdak size..wuu..purple lain sume aku tak berkenan..last-last aku berkenan la kat satu baju ni..tapi dia ade kaler peach, kuning, n putih..aku choose peach sebab kaler kuning dengan putih memang tak ngam dengan kulit aku..nampak aku pucat..dah alang-alang tu aku beli skali tudung awning..senang!tak nyusahkan pale otak nak cari kedai lain..tak larat dah..haha..

3rd week settlekan beli barang hantaran dia lagi..masyAllah..susah nye nak cari kasut yang betul-betul dia berkenan..sampai aku kene amik cuti la nak teman dia pi cari kasut..alamanda takde sunway takde somban takde gardens takde..seb baik la ade kat mid valley..tu pun jenuh nak jalan pusing satu mid-val.. -____-' nak beli tali pinggang pun same..ni dah beli dah belt..kang jalan terbekenan belt lain..beliiiiii lagi.. -______-' same goes tu wallet..wallet dia ade dua okeh..sakit jiwe aku!tapi layan jelah..

minggu ke 5 ade dah stat cuti raye awal..rabu kot aku dah balik kampung..sebab akak n adik aku tak dapat cuti sebelum..kene la aku kemas rumah..huhu..siap tukar katil sume tau!sile kagum!fufufu..tapi aku tak cuti lame..raye ke empat tu aku dah masuk keje..yelah..nanti minggu merdeka tu aku nak cuti lagik..bape banyak aku nak cuti kan..ngaruk jugak boz aku..pa asek cuti je..hehe..

keh sok aku sambung cite majlis tunang pulak..dah kate pon story kan..jadi aku memorikan sume tu kat blog nih.. =)



06 September 2012

1st of September 2012



| yours truly on her engagement day |




#senyom takde cover langsong!