Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

17 October 2013

#throwback 3 (majlis khatam Al-Quran)

ok
sambung balik episod throwback kita
sepatutnya aku nak letak aktivi rewang-rewang
best oo
happening sangat!
sekarang susah nak tengok aktiviti rewang
semua amik catering kan
tapi tulah
semua gambar tu ada dalam hp aku
hp tu pulak wan tengah guna sebab hp dia rosak
before this aku dah transfer kat dropbox
ade one time tu ofis aku buat operasi tukar pc br 
aku dah back up semua file termasuklah dropbox 
tapi bila buka file dropbox tu takdak apa
hoih!boleh mendatangkan marah
dah la banyak gambar
nak transfer bukannya kejap
T_T
ke ada cara nak retrieve balik
siapa tahu?

majlis khatam Al-Quran ni aku buat sehari sebelum nikah which is on 23 Mei 2013
majlis 3 hari 3 malam weh
23 - khatam
24 - nikah
25 - sanding
-_____-

ikut kepala mak aji kan
kalau ikut aku khatam-khatam ni tak payah
tapi mak aji insist suruh buat jugak 
layannnn
tapi tau jelah
nak khatam nak baca berlagu 
mak aji suruh tiap-tiap minggu balik belajar ngaji dengan ustazah kat taman kitorang
tapi sakit oo poket nak ulang alik 
nak simpan untuk majlis lagi
end up belajar ngaji kat putrajaya
tapi aku tak pergi pun
heh!
tak dan
weekday balik kerja dah pukul berapa
weekend je tak lekat kat rumah
ah! 
tapi kalau nak belajar ada je masa
tapi kau tak nak kan
hoho
entah 
aku tak pergi
baca buat homework sendiri
aku download app al-quran yang ada reciter 
suara ustaz mesir okeh ajar aku ngaji berlagu
laju dan terang
aku suka!
janji ada la sikit-sikit lagu tu

masa majlis qhatam tu
bukan aku sorang
ada lagi 3 orang sepupu aku yang kecik-kecik
join aku khatam
so ber ompek la kami atas stage
bagus jugak 
baca surah sorang sikit
dan cepat habis
heh!
tapiiii 
aku la baca paling laju
lagu sikit-sikit kat ujung ngan ikut harakat je
ustazah yang lead kitorg tengok je aku baca
mesti dia cakap dalam hati "laju nya budak ni ngaji"
haha 
takpe janji bacaan betul dan jelas!

tuan tanah kedaung bersama sepupu sedang
kat belakang aku tu ada lampu chandelier..panas hoih..aku berdoa cepatlah habis


tempat yang kitorang duduk tu sebenarnya bawah tangga okeh
dan tempat tu juga pelamin aku guna masa nikah
kau mampu??
yang kain backdrop draping putih hujung tu untuk pelamin sanding
gunakan ruang sepenuhnya
pening pak andam aku nak ikut kehendak aku

tudung putih pakai spek tu ustazah yang lead kitorang masa khatam

the crowd
jiran taman je dah penuh rumah


dah tu je
entry ni lama dah aku buat
tapi duk la kat draf 
almost 2 weeks gak aku peram
bila dah lama sangat, lupa apa yang nak aku story dah
-____-

k tu jelah.


27 September 2013

#throwback 2 (Prep time)

hai korang!

bertemu lagi kita dalam segmen throwback episod 2
haha!
mood rajin update dah mai dahhh 
mari kita up entry bertingket-tingket
walaupunnn ceritanya dah lama 
kang datang angin femalasss aku
setahun tak ber'update'
haru  -__-

pada pendapat aku la, orang lain aku tak tahu
aku sedar diri ini bukanlah anak orang kaya
jadi
financial management adalah sangat penting
kena tahu berapa bajet kahwin 
supaya tak over bajet
so senang nak buat persiapan 

aku memang lemah nak ingat semua dalam otak
kang dah beli aku pergi beli lagi..belum campur yang aku lupa nak cari bla bla 
jadi 
aku perlukan virtual material untuk aku tahu progress  
berbekalkan pertolongan dan rujukan kawan-kawan jugak..tq korang!
ni yang aku buat
tadaaa!


ni contoh checklist

sila klik untuk tumbesan..er kalau boleh lah..


ni contoh kos
costing penting ye bakal-bakal pengantin


aku jenis tak suka survey banyak tempat/banyak kali/pergi sana sini 
best kalau semua one stop centre/all in one
contoh baju nikah/sanding
aku tempah baju lelaki & perempuan
price include veil tudung bunga tangan kasut butang baju melayu
dari atas sampai kaki
siap semua sekali!
settle!

tinggal cari sampin lelaki je
kalau nak minta designer cari kan pun boleh
tambah jelah lagi rm2500
tak koserrr la mak
wan rajin travel terengganu 
so better cari sampin kat sana 

jimat masa tak payah cari tempat lain-lain
tak sakit otak nak pilih-pilih lagi nak cari-cari nak tempah-tempah lagi
aku tak suka buat benda macam tu
ntah
aku kureng sikit bab-bab camni
ko tengok jelah masa aku tunang dulu
hantaran mana ada aku buat
aku beli barang-bawak balik kulai-mak aku dengan cik ngah yang tolong gubah
aku takde der nak buat 
aku tak kreatif 
aku tak reti 
aku cepat bosan
aku tak kisah
aku tak banyak bunyi
aku tak cerewet
aku taknak sakit kepala so aku pass kat orang lain
haha..bijak kan!
guwa ok je derrr..

banyak juga la aku jimat
jimat masa lah
kat area rumah aku
sebelah kanan rumah kitorang owner khemah
belakang rumah kitorang plak owner butik pengantin
jadiii
mak aji kata upah jelah diorang
sonanggg
walaupunnn abang man recommend aku butik pengantin lain
aku terpaksa redha dengan pilihan mak
tapi aku book untuk pelamin, make up n meja damai je
baju memang aku dah target/berangan nak buat sendiri

kenduri aku tak pakai catering
kitorang rewang
cer teka siapa pengrewang tersebut??!
saudara??hmmm tak
jiran-jiran kawasan perumahan aku tau
best sangat diorang ni
sporting gile!
padahal masing-masing career women okeh
ada cikgu, officer bank, doktor, manager pun ada
kau mampu?!
kagum aku dengan semangat kejiranan diorang
#salute
sebab tu kejiranan aku tiap tahun ada event
majlis marhaban, maulidurasul, khatan, agm pun ada
masak sama-sama
nak pasang khemah, ada tokey khemah
nak khatan, ada doktor
hehe..
best tau duduk kawasan perumahan aku

err macam dah kelaut je story aku ni

hah tu jelah prep aku 
tetapkan tarikh pun penting juga
sebab selagi tak ada tarikh 
ko tak boleh nak tempah such as banner, kad jemputan, kotak bahulu, fridge
lagi cepat tetap tarikh, lagi cepat mula kerja-kerja menempah

lepas tu aku sediakan satu fail..
aku print out checklist2 tu semua, aku letak dalam fail
n resit!
semua resit aku beli untuk kahwin, aku simpan dalam fail ni..
kalau bank in, slip kecik tu pun aku tampal kat a4 paper pastu simpan dalam fail
so that aku boleh keep track financial aku

err skema tak aku?

-____-




26 September 2013

#throwback 1 (The Prep)

The Wedding Preparation / Persiapan Perkahwinan


Salam semua,

aku tak tahu la berapa banyak entry throwback ni
jadi korang-korang semua
bertabahlah nak membaca nanti k

aku pelik sangat
kenapa aku tak se'excited' bride to be yang lain
yang boleh up entry story pasal persiapan kahwin derang
serius dulu aku ingat aku pun macam tu tau
masa belum tunang lagi
aku teringin sangat nak buat entry kahwin
semangat
sekali dalam seumur hidup tuh

non ado! -___-
gambar jelah banyak aku snap
tapi nak up entry
aku jadi ....entah.....
"hmm takyah la" ujarku dalam hati (pergh ayat kau?!)
sampai sekarang aku pelik dengan diri sendiri
sindrom apakah ini??!

dan aku tahu
dah lambat dan terlambat nak share story mory pasal aku kahwin kan
dah selamat kahwin ompek bulan pongg
dah basi
tapi aku nak buat juga entry kahwin ni
kelak untuk kenang-kenangan aku jugak in future
flashback memory gitu
tak lupa untuk rujukan kepada bride to be / bakal pengantin! =)

lets start with this

aku tunang = September 2012
aku kahwin = Mei 2013
tempoh preparation (prep) = 8 bulan sahaja

kalau ko tanya 8 bulan cukup ke nak buat all prep
aku jawab
cukup sangat!
in fact,
aku buat semua dari segala proses buat/survey/pilih/plan/design/tempah/cari/beli/dll
from a to z
from zero to finish
sebab
1. akak aku
aku nak kahwin kat johor tapi aku duduk putrajaya..jadi wedding provider / services yang aku tahu area johor sangat limited..nak proxy kan akak aku buat itu ini bukanlah keputusan yang tepat sebab akak aku is the busiest career women..balik kerja lewat..sampai rumah dah pukul 8 9 kadang tu 10 malam..by the time nak survey, kedai dah tutup kak oi..
2. adik aku
walaupun adik aku tinggal dengan aku tapi working hours dia berbeza dengan aku..time kerja dia ikot UK time..aku balik keje dia baru nak masuk kerja..jadi proses survey mensurvey bertanya pendapat hanya boleh di buat on weekend sahaja..nak tak nak aku juga kena buat sendiri
3. mak aji
cannotlah..aku taknak bebankan dia dengan banyak perkara..mak aji aku pun bukan sihat sangat..banyak sangat fikir kang stress..plus kat rumah tu ada 3 handbag..i mean 3 orang anak buah..hehe..agak susah nak bergerak..
4. pak aji
err..pengerusi majlis..dia buat keputusan.."yes or no no oh this one cannot!" -__- bila dah ok..the rest aku yang buat
5. saudara-mara
aku malas nak susahkan saudara..nak jaga hati lagi..baik buat sendiri

tapi..tapi..tapi..betul aku buat semua all alone but in the end aku tetap akan discuss dengan family aku tanya pendapat diorang (n pendapat kawan-kawan jugak) dengan pilihan yang aku buat tu..bila semua ok baru aku proceed next step..

ok next throwback pulak!
aku nak balik ni
daaa!