17 October 2013

#throwback 3 (majlis khatam Al-Quran)

ok
sambung balik episod throwback kita
sepatutnya aku nak letak aktivi rewang-rewang
best oo
happening sangat!
sekarang susah nak tengok aktiviti rewang
semua amik catering kan
tapi tulah
semua gambar tu ada dalam hp aku
hp tu pulak wan tengah guna sebab hp dia rosak
before this aku dah transfer kat dropbox
ade one time tu ofis aku buat operasi tukar pc br 
aku dah back up semua file termasuklah dropbox 
tapi bila buka file dropbox tu takdak apa
hoih!boleh mendatangkan marah
dah la banyak gambar
nak transfer bukannya kejap
T_T
ke ada cara nak retrieve balik
siapa tahu?

majlis khatam Al-Quran ni aku buat sehari sebelum nikah which is on 23 Mei 2013
majlis 3 hari 3 malam weh
23 - khatam
24 - nikah
25 - sanding
-_____-

ikut kepala mak aji kan
kalau ikut aku khatam-khatam ni tak payah
tapi mak aji insist suruh buat jugak 
layannnn
tapi tau jelah
nak khatam nak baca berlagu 
mak aji suruh tiap-tiap minggu balik belajar ngaji dengan ustazah kat taman kitorang
tapi sakit oo poket nak ulang alik 
nak simpan untuk majlis lagi
end up belajar ngaji kat putrajaya
tapi aku tak pergi pun
heh!
tak dan
weekday balik kerja dah pukul berapa
weekend je tak lekat kat rumah
ah! 
tapi kalau nak belajar ada je masa
tapi kau tak nak kan
hoho
entah 
aku tak pergi
baca buat homework sendiri
aku download app al-quran yang ada reciter 
suara ustaz mesir okeh ajar aku ngaji berlagu
laju dan terang
aku suka!
janji ada la sikit-sikit lagu tu

masa majlis qhatam tu
bukan aku sorang
ada lagi 3 orang sepupu aku yang kecik-kecik
join aku khatam
so ber ompek la kami atas stage
bagus jugak 
baca surah sorang sikit
dan cepat habis
heh!
tapiiii 
aku la baca paling laju
lagu sikit-sikit kat ujung ngan ikut harakat je
ustazah yang lead kitorg tengok je aku baca
mesti dia cakap dalam hati "laju nya budak ni ngaji"
haha 
takpe janji bacaan betul dan jelas!

tuan tanah kedaung bersama sepupu sedang
kat belakang aku tu ada lampu chandelier..panas hoih..aku berdoa cepatlah habis


tempat yang kitorang duduk tu sebenarnya bawah tangga okeh
dan tempat tu juga pelamin aku guna masa nikah
kau mampu??
yang kain backdrop draping putih hujung tu untuk pelamin sanding
gunakan ruang sepenuhnya
pening pak andam aku nak ikut kehendak aku

tudung putih pakai spek tu ustazah yang lead kitorang masa khatam

the crowd
jiran taman je dah penuh rumah


dah tu je
entry ni lama dah aku buat
tapi duk la kat draf 
almost 2 weeks gak aku peram
bila dah lama sangat, lupa apa yang nak aku story dah
-____-

k tu jelah.


No comments: